Generasi Kedua (20 & 30 Series, 1954-1959) Toyota Land Cruiser

20 Series
Maklumat
Pengeluaran1955–1960
PemasanganToyota City, Jepang (ARACO)
Stail badan
Reka letakFR layout
Enjin
  • 3.4 L B I6
  • 3.9 L F I6
Jarak roda
  • 2,285 mm (90.0 in)
  • 2,430 mm (95.7 in)
  • 2,650 mm (104.3 in)
  • 1955 - Generasi kedua kereta ini, 20 Series, dilancarkan. FJ20 series merupakan penyempurnaan dari BJ, direka lebih menarik agar menarik minat rakyat awam. Tetap menggunakan enjin 3.9L 6 silinder segaris Jenis F tapi tenaganya sudah meningkat, tapi tetap hanya menggunakan kotak gear 3 percepatan. Mesin juga diletakkan 120 mm lebih maju daripada sebelumnya. FJ28 adalah versi medium jarak roda, dan dibuat dalam model Canvas Top dan Station Wagon. Model Pick-up juga dihasilkan. Semua model tersebut berpenggerak 4 roda. Model station wagon dengan jarak roda panjang diberi model kod FJ35.
  • 1957 - Land Cruiser diimport pertama kali ke Australia oleh B & D Motors dengan model FJ25 / 28. [2] Kereta ini merupakan kereta pertama dari Jepun yang secara rutin dieksport ke negeri tersebut. [3]
  • 1958 - Land Cruiser mula dihasilkan dengan versi station wagon. Kereta ini juga sudah mula dihasilkan di Brazil, menjadikan kereta ini adalah kereta pertama Toyota yang dibuat di luar Jepun. FJ25 jarak roda pendek didapati dalam model Hardtop, Canvas Top, dan Personal Carrier.